Archive for the ‘Music’ Category

My Way - Frank Sinatra

Monday, April 30th, 2007

Frank_sinatra And now the end is near, and so I face the final curtain,
My friend, I’ll say it clear, I’ll state my case of which I’m certain,
I’ve lived, a life that’s full, I traveled each and every highway,
And more, much more than this, I did it my way.

Regrets, I’ve had a few, but then again, to few too mention,
I did what I had to do, I saw it thru without exemption,
I planned each chartered course, each careful step along the by way,
But more, much more than this, I did it my way.

Yes there were times, I’m sure you knew,
When I bit off more than I could chew,
But thru it all when there was doubt, I ate it up, and spit it out,
I faced it all, and I stood tall, and did it my way.

I’ve loved, I’ve laughed and cried, I’ve had my fill, my share of losing,
And now, as tears subside, I find it all so amusing,
To think I did all that, and may I say "Not in a shy way",
Oh no, oh no not me, I did my way.

For what is man, what has he got, it not himself,
Then he has not to say the things he truly feels,
And not the words of one who kneels,
The record shows, I took the blows, and did it my way.
Yes it was my way.

Itulah  sebuah lirik lagu yang cukup bermakna buat aku. Lagu My Way – Frank Sinatra, boleh dikatakan antara lagu² English paling best yang aku dengar. Kisah hidup lagenda muzik Amerika ni, sudah aku baca. Hidupnya penuh dengan berliku, sebelum mengecap kemashuran sebagai ikon muzik Amerika. Lagu My Way, dinyanyikan dengan penuh penghayatan dan asyik. Lagu ini juga banyak dinyanyikan oleh ramai artis² terkenal seperti Paul Anka, Robbie Williams dan ramai lagi. Sebuah karya muzik yang boleh dianggap ‘masterpiece’.

<embed style="width:400px; height:80px;" wmode="opaque" bgcolor="#ffffff" type="application/x-shockwave-flash" src="http://audio.xanga.com/mp3embedplayer.swf?i=790941&m=697d8"> </embed>

Perintis…. Kini Tiada Lagi Di Hati.

Tuesday, March 20th, 2007

4u2c_2 Suatu ketika dahulu, ketika aku di bangku sekolah rendah, muzik rap pernah mewarnai industri muzik tanahair. Pada awal tahun 1992, perintis muzik ketika itu, kumpulan 4u2c, yang amat popular dengan lagu Fiona. Kumpulan ni amat popular ketika itu, mempunyai ramai peminat, rata² daripada gadis² remaja. Bila kumpulan ni berjaya dengan muzik yang dibawa, ada la yang kumpulan lain yang ikut cuba muzik ni. Antaranya kumpulan KRU, Nico, Feminin, A to Z, KOOL, Nana Nurgaya dan lain². Tapi kini, semuanya tiada lagi. Yang tinggal hanyalah kumpulan KRU. Tapi kumpulan ni tidak lagi membawa irama rap.

Iwan_1 Pada tahun 1995, muzik dangdut pula berjaya bertakhta di hati peminat muzik tanahair. Perintisnya, Amelina. Lagunya yang popular, ‘Ah Rindu Lagi!’, menjadi siulan anak² muda ketika itu. Penjualan albumnya (bukan album gambar dia ye!) melebihi 100 ribu unit, sekaligus melayakkan menerima anugerah platinum berkembar. Ramai artis wanita yang ikut jejak kejayaannya, dan album yang mereka hasilkan (album dangdut), laris di pasaran tempatan. Malah, ada juga artis² wanita, yang dahulu albumnya tak laku (album pop), laris albumnya bila bertukar ke irama dangdut. Antara artis² yang seangkatan dengan Amelina ialah Sheeda, Haiza, Iwan, Ani Mayuni dan kumpulan Eva. Tapi kini, irama dangdut tak popular lagi. Yang tinggal hanyalah kelab malam disco dangdut saja…

Oag Pada penghujung tahun 1996, muzik alternative pula mewarnai industri muzik tanahair. Perintisnya, kumpulan OAG. Kumpulan ini memang popular ketika itu. Bila aku pergi tengok member aku jamming, pasti ada budak² lain jamming lagu OAG. Hebat betul aura OAG ketika itu. Macam biasalah, bila ada band yang success, ramailah yang nak ikut jejaknya. Kumpulan Exists & Amy Search pernah mencuba konsep alternative untuk album mereka. Ternyata ianya berjaya menambat hati peminat mereka. Tapi kini muzik alternative tidak lagi popular. Perintis muzik ni, OAG, muziknya kini lebih menjurus lagu yang mendayu².

Ketiga² muzik itu; rap, dangdut, alternative kini sudah tidak lagi lagi popular. Semuanya sudah tinggal dalam lipatan sejarah muzik tanahair. Selepas ini, siapakah perintis muzik genre baru? Sama² kita melihat…. dan mendengar!

Lagu Siti Nurhaliza

Tuesday, April 25th, 2006

Bulan_sabit_1 Siti Nurhaliza…. Tak perlu diperkenal lagi. Sesiapa yang tak kenal atau nak tahu lebih lanjut, cari saja di internet, menerusi carian enjin Yahoo! ka, Google ka, dan sebagainya. Tapi aku bukan nak cerita pasal Siti Nurhaliza, aku nak cerita tentang lagunya. Antara lagu beliau yang aku rasa best dan syok didengar ialah Bisikan Asmara, Dalam Taman Syahdu dan Sendiri. Ketiga² lagu tersebut mempunyai lirik yg bagi aku, terindah dan istimewa. Dan ketiga² lirik lagu tersebut juga mempunyai nostalgia yang tersendiri bagi aku. Apakah nostalgia itu? Wah hahaha…. rahsia!☺